Monday 25 October 2021

Formula 70/30

Apa dia Formula 70/30?

Teknik ini membahagikan pendapatan kita kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping!

Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) kita gunakan untuk kebajikan,samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid.

 Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) kita gunakan untuk bisnes.Tidak kira apa juga bisnes yang ingin kita ceburi,kita perlukan modal untuk permulaan.

Pergi kursus,beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda kita dan kita pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) kita simpan untuk masa depan kita. Ini adalah kunci kepada kejayaan sebenarnya keranaia nya bakal meledakkan akaun bank dalam senyap.

Nota: Jika kita menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika kita mahu menjana kekayaan dalam hidup.

Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, kita mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan kita.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan,dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.