Monday 25 October 2021

9 Ciri-Ciri keusahawanan Rasulullah SAW

 Sejak muda lagi Rasulullah saw telah mula mencari pengalaman berniaga dan menjalankan perniagaan. Baginda menjadi terkenal sebagai seorang usahawan Al-Ameen, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

 Kehebatan Rasulullah berniaga menjadikannya antara usahawan yang berjaya dan cemerlang pada ketika itu. Berikut adalah 9 ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw yang diriwayatkan. Semoga kita juga dapat mengamalkannya setiap hari dalam perniagaan dan mencontohi baginda.

 1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain
Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

 2. Lurus dan tepat dengan kiraan
Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

 3. Sentiasa senyum ketika menjual beli
Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

 4. Jujur dan amanah
Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

 5. Lemah lembut ketika berniaga
Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

 6. Berniaga secara kreatif
Ada ketika baginda memberitahu harga kos barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

 7. Bukan mengejar harta semata-mata
Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

 8. Fasih dalam bertutur kata
Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

 9. Bijak membuat keputusan
Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

Dikatakan 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

 Sebenarnya terlalu banyak panduan perniagaan yang boleh dipelajari dari pemimpin Islam kita, termasuk Abdul Rahman bin Auf, Saidatina Khadijah Khuwailid dan Rasulullah SAW.

5 sebab mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya

 

Saya akan dedahkan 5 sebab mengapa ramai orang yang
tidak akan menjadi kaya… dan bagaimana anda tidak
menjadi salah salah seorang daripada mereka.

Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa
yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti
mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa
yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan berjaya.

Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.

Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.
Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab
mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi,
pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula
melangkah ke arah kejayaan.

Nampakkah anda masalahnya disini?

Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda
menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.

Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum
mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak
dan tidak akan mendapat ganjarannya.

Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh
seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.

Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan
liabiliti.

Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang
masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang
keluarkan duit dari poket anda.

Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar

Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta
benda adalah aset mereka.

Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan
anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang
daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.

Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!

Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada
aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk
membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.

Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada…

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi
nasihat dengan selamba. Beliau berkata “Jika anda
tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.”

Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada
bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk
sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.

Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi
terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang
tidak lagi anda lakukan.

Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang
memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk
anda menuju kekayaan.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=

Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit
untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya
satu sistem yang buat duit secara automatik.

Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.

Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.

Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda.

~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=

Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut
daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga
ke garisan penamat.

Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak
bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya
sekali.

Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda
mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba
ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,
tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.

Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi
punca kegagalan sesorang.

Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus
mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai
peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.

Ianya cukup mudah… anda perlu membuat keputusan untuk
mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup
anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang
lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.

Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.

Self Appraisal

 A young man went to a telephone booth which was at the cash counter of a store and dialed a number.

 The store-owner observed and listened to the conversation:

 Young Man : "Lady, Can you give me the job of cutting your lawn?

 Woman : (at the other end of the phone line) "I already have someone to cut my lawn."

 Young Man : "Lady, I will cut your lawn for half the price than the person who cuts your lawn now."

 Woman : I'm very satisfied with the person who is presently cutting my lawn.

 Young Man : (with more perseverance) "Lady, I'll even sweep the floor and the stairs of your house for free.

 Woman : No, thank you.

 With a smile on his face, the little boy replaced the receiver. The store-owner, who was listening to all this, walked over to the young man.

 Store Owner : "Son... I like your attitude; I like that positive spirit and would like to offer you a job."

 Young Man : "No thanks,

 Store Owner : But you were really pleading for one.

 Young Man : No Sir, I was just checking my performance at the job I already have. I am the one who is working for that lady I was talking to!"

 
This is called "Self Appraisal" 

 

 The difference between dream and aim,

 Dream requires Soundless sleep to see

 Where as Aim Requires Sleepless Efforts to Achieve.

 

Formula 70/30

Apa dia Formula 70/30?

Teknik ini membahagikan pendapatan kita kepada 2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping!

Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) kita gunakan untuk kebajikan,samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid.

 Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!

-10% kedua (RM200) kita gunakan untuk bisnes.Tidak kira apa juga bisnes yang ingin kita ceburi,kita perlukan modal untuk permulaan.

Pergi kursus,beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda kita dan kita pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) kita simpan untuk masa depan kita. Ini adalah kunci kepada kejayaan sebenarnya keranaia nya bakal meledakkan akaun bank dalam senyap.

Nota: Jika kita menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika kita mahu menjana kekayaan dalam hidup.

Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, kita mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan kita.

Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan,dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.

Wednesday 13 October 2021

Kalendar Cuti Umum Malaysia 2022

 Kalendar Cuti Umum Malaysia 2022

Kalendar cuti umum untuk tahun 2022 di Malaysia. Tarikh berikut mungkin diubah suai. Sila semak laman web ini untuk maklumat terkini. Skrol ke bawah untuk melihat senarai kalendar seluruh negara.

TarikhHariCutiNegeri
1 JanSabtuTahun BaruSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan, Perlis
& Terengganu
14 JanJumaatHari Keputeraan YDPB N. SembilanN. Sembilan
18 JanSelasaHari ThaipusamJohor, Kuala Lumpur,
N. Sembilan, Pulau
Pinang, Perak, Putrajaya
& Selangor
1 FebSelasaTahun Baru CinaSemua Negeri
1 FebSelasaHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan
& Putrajaya
2 FebRabuTahun Baru Cina Hari KeduaSemua Negeri
1 MacSelasaIsrak dan MikrajKedah, N. Sembilan,
Perlis & Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
3 AprAhadAwal RamadanJohor, Kedah &
Melaka
4 AprIsninCuti Awal RamadanMelaka
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya BersejarahMelaka
15 AprJumaatGood FridaySabah & Sarawak
19 AprSelasaHari Nuzul Al-QuranSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Melaka, N.
Sembilan, Sabah &
Sarawak
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSemua Negeri
2 MeiIsninCuti Hari PekerjaSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu
3 MeiSelasaHari Raya AidilfitriSemua Negeri
4 MeiRabuHari Raya Aidilfitri Hari KeduaSemua Negeri
15 MeiAhadHari WesakSemua Negeri
16 MeiIsninCuti Hari WesakSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
22 MeiAhadHari Hol PahangPahang
23 MeiIsninCuti Hari Hol PahangPahang
30 MeiIsninPesta KaamatanLabuan & Sabah
31 MeiSelasaPesta Kaamatan Hari KeduaLabuan & Sabah
1 JunRabuHari GawaiSarawak
2 JunKhamisHari Gawai Hari KeduaSarawak
6 JunIsninHari Keputeraan YDP AgongSemua Negeri
19 JunAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
7 JulKhamisHari Bandar Warisan Dunia GeorgetownPulau Pinang
9 JulSabtuHari ArafahTerengganu
9 JulSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri Pulau PinangPulau Pinang
10 JulAhadHari Raya HajiSemua Negeri
11 JulIsninHari Raya Haji Hari KeduaSemua Negeri kecuali Johor
12 JulSelasaCuti Hari Raya HajiPerlis & Terengganu
22 JulJumaatHari SarawakSarawak
30 JulSabtuAwal MuharramSemua Negeri
30 JulSabtuHari Keputeraan Sultan PahangPahang
31 JulAhadCuti Awal MuharramKelantan & Terengganu
24 OgosRabuHarijadi Yang di-Pertua Negeri MelakaMelaka
31 OgosRabuHari KebangsaanSemua Negeri
3 SepSabtuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
16 SepJumaatHari MalaysiaSemua Negeri
18 SepAhadCuti Hari MalaysiaJohor & Kedah
1 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SabahSabah
8 OktSabtuHarijadi Yang di-Pertua Negeri SarawakSarawak
9 OktAhadMaulidur RasulSemua Negeri
10 OktIsninCuti Maulidur RasulSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu
24 OktIsninHari DeepavaliSemua Negeri kecuali Sarawak
4 NovJumaatHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 NovJumaatHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovSabtuHari Keputeraan Sultan Kelantan Hari KeduaKelantan
13 NovAhadCuti Hari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninCuti Hari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisSabtuCuti Hari NatalSabah
25 DisAhadHari KrismasSemua Negeri
26 DisIsninCuti Hari KrismasSemua Negeri kecuali Johor,
Kedah, Kelantan &
Terengganu
Sila lawat kabinet.gov.my untuk pengumuman asal.