Tuesday 1 November 2011

Pengenalan: Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, dengan izin Nya terhasil juga blog Rahsia Cari Duit ini. Semoga kerja-kerja membuat dan menyelenggara blog ini dipermudahkan oleh Nya. Terima kasih saya ucapkan kepada pelawat blog Rahsia Cari Duit kerana sudi melawat blog ini. Blog ini merupakan hasil kerja pertama saya dalam bidang blogging walaupun sudah lama melibatkan diri dalam industri teknologi maklumat sejak dari zaman persekolahan lagi.
Blog ini dihasilkan dengan tujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang saya perolehi selama ini, terutamanya mengenai bidang kewangan, perniagaan, internet dan teknologi maklumat. Semoga blog ini sedikit sebanyak dapat membantu kehidupan anda serta meningkatkan ilmu pengetahuan anda berkaitan dengan bidang-bidang tesebut.

Penafian :
Maklumat yang terkandung di dalam blog ini bertujuan pendidikan semata-mata. Maklumat tersebut bukanlah pengganti kepada nasihat atau saranan yang mungkin anda terima daripada penasihat kewangan profesional.

Blog Rahsia Cari Duit menafikan sebarang liabiliti kepada mana-mana pihak yang menggunakan maklumat di dalam blog ini sebagai asas untuk membuat sebarang keputusan atau tindakan.

Walaupun segala usaha telah dibuat untuk memastikan ketepatan maklumat di dalam blog ini, Blog Rahsia Cari Duit mengharapkan pemahaman anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kekurangan.